Buat Habis Baik !.
Pengakap Tampin 2016

perkhemahan pengakap daerah tampin 2018

Perkhemahan pengakap daerah tampin telah berjaya dilaksanakan yg bertempat di SK Bukit Jalor.  Seramai 296 org peserta terdiri daripada pengakap kanak-kanak sekolah- sekolah di daerah tampin dan gemas. Perkhemahan ini berfokuskan kepada lencana kemahiran dan ujian pentarafan rambu

Unknown Unknown Author

COMING SOON ! WAIT AND JOIN US


Unknown Unknown Author

PENDAFTARAN 2017

 Pendaftaran ahli bagi Tahun 2017 boleh didapati di BLOG Pengakap Tampin dan Pengakap Negeri Sembilan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pen. Pesuruhjaya Daerah Tampin bahagian pentadbiran, Tuan Ikhwan Terima Kasih.

Tuan dan Puan boleh klik di link dibawah untuk mendapatkan borang serta surat siaran.

https://drive.google.com/drive/folders/0B-HmbjfSrQnFV3pMdmc3X1U4alE


Unknown Unknown Author

MESYUARAT DAN TAKLIMAT MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP KALI PERTAMA 2017





Mesyuarat dan taklimat Majlis Pemimpin Pengakap buat kali pertama tahun 2017 telah berlangsung di SMK Taman Indah Tampin. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Daerah Tampin, En Baderi Sham Bin Shamsuddin.

Agenda Mesyuarat :
1. Bacaan Doa
2. Persetiaan Pengakap
3. Kata aluan pengerusi
4. Pengesahan Minit Mesyuarat
5. Pendaftaran ahli pengakap (Tn Mohd Ikhwan Bin Abdullah ADC Pentadbiran)
6. Perancangan Aktiviti dan Program PPM Tampin ( En Asrol Effindi Bin Mohd Nor ADC Latihan dan  
    Program)
7. Penerangan Blog pengakap Tampin
8. Hal-Hal lain
Unknown Unknown Author

WELCOME !
Unknown Unknown Author

MAKLUMAN UMUM


TAKLIMAT PEMIMPIN PENGAKAP DAERAH TAMPIN KALI PERTAMA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Tampin akan mengadakan taklimat tersebut seperti ketetapan berikut

Tarikh : 02 Feb 2017
Masa  : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Taman Indah Tampin
Pakaian : Uniform lengkap Pengakap

Sekian Terima Kasih

En Baderi Sham Bin Shamsuddin
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tampin
Unknown Unknown Author

Tip untuk berkhemah







Tip untuk berkhemah 

1. Pemilihan Tapak Perkhemahan 
a) Tanah yang rata
b) Ada perlindungan dari angin seperti tempat berbukit
c) Berdekatan dengan punca air
d) Mendapat sinaran matahari
e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai

2. Mendirikan Khemah :
a) Dipasang di atas tapak yang sesuai yang telah dipilih
b) Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
c) Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada gangguan angin d) Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak

3. Larangan Semasa Berkhemah :

a) Jangan berkhemah terlalu dekat dengan punca air
b) Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )
c) Semak samun atau kawasan belukar
d) Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak
e) Diatas tebing tinggi dan curam
f) Dibawah pokok rimbun atau dahan mati
g) Kawasan berbatu dan berpasir ( susah memacak pancang )
h) Di lereng bukit dan kawasan cenuram
i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh: lantern/stove

Sumber : Ucapan terima kasih kepada Nadzirah Bt Jusoh@Jaafar
Unknown Unknown Author

visitors

Labels

Hubungi kami






Labels

Labels Cloud

Labels List Numbered

PENGAKAP TAMPIN

Popular Posts